Wincentbert Latius dan Hyenie Roslin Danius mengungguli Cabaran Ruhiang-Kiulu Adventure (RUKIAC) 2017 apabila masing-masing menjuarai kategori 23km terbuka lelaki dan wanita di Tamparuli, semalam.

Bagi kategori 23km juga, Fabian Osmond dan Noah Kutung masing-masing muncul sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga untuk terbuka lelaki manakala Jessica Lintanga serta Mailin Salungin Ripau masing-masing mendapat kedudukan sama bagi terbuka wanita.

Sementara itu, bagi kategori lelaki veteran, Ruston Masri muncul sebagai juara, disusuli Guianus Salagan dan Justin Lohok sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga.

Kategori terbuka wanita veteran pula menyaksikan Kona Liau muncul sebagai pemenang manakala Muidah Bolinting serta Rose Gimbaloh berada di belakangnya untuk tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori 10km terbuka lelaki pula, Elvin Lazarus muncul sebagai johan mengatasi Aizan Sofizan Ahmad dan Januin Johny yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua serta ketiga.

Kejuaraan kategori sama bagi lelaki veteran pula menjadi milik Yusop Tungkob manakala Mohd Zulkarnain Masuyuk Abdullah dan Liman Sintom masing-masing muncul pemenang tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, terbuka wanita diungguli Marjilah Rebid yang muncul sebagai juara manakala Erristiana Joel serta Munikah Ginsos masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Bagi wanita veteran pula, kemenangan menjadi milik Chong Vun Lung yang mengatasi dua pelumba lain iaitu Hamisah Antahar (kedua) dan Shoihi Gandihan (ketiga).

Seramai lebih 600 peserta telah menyertai kejohanan edisi keenam yang berlangsung di tapak tamu Tamparuli itu.