Wimbledon: Djokovic mara ke pusingan ketiga

Ammar Hakim
Jun 30, 2021 23:34 MYT
Novak Djokovic mara ke pusingan ketiga Wimbledon selepas merakamkan kemenangan straight set ke atas Kevin Anderson.
Menyasarkan gelaran yang keenam, juara bertahan itu menampilkan aksi cemerlang, meraih kemenangan 6-3, 6-3, 6-3.
Dia bakal berdepan wakil Amerika Syarikat, Denis Kudla dalam pusingan seterusnya.
Usaha Djokovic mempertahankan gelaran bermula dengan langkah kiri ketika tewas dalam set pertama sebelum mengatasi wakil Britian, Jack Draper.
Namun ancaman utama bagi wakil Serbia itu bukanlah mengenai kemampuan lawan sebaliknya keadaan serta permukaan gelanggang yang kurang baik di Centre Court.
Ketika ia menjadi masalah buat ramai pemain setakat ini, Djokovic bergelut untuk gelanggang yang licin selepas dia beberapa kali jatuh ketika beraksi.
Bagaimanapun, dia mula mendapatkan rentak dapat dalam menrencakan kemenangan perlawanan ini.

Inch-perfect precision from @DjokerNole ?#Wimbledon pic.twitter.com/9dbbrhxV72

— Wimbledon (@Wimbledon) June 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Novak Djokovic #Wimbledon