Pemandu GT negara, Weiron Tan, menganggap dua kemenangan dalam Cabaran GT Dunia Blancpain siri Asia sebagai petunjuk positif untuk menyerlah dalam Sukan Permotoran FIA di Itali.

Weiron baru sahaja tamat dalam saingan Blancpain GT Dunia Siri Asia yang menyaksikan kelibatnya menaiki podium sebanyak dua kali di Fiji dan Shanghai.

Bagi menyahut cabaran baru, dia akan muncul dalam sukan permotoran FIA buat kali pertama selain cabaran kedua dengan menggunakan jentera berbeza.

"Saya harap kami berdua dapat memberi persembahan baik dan mampu menaiki tangga pertama di podium. Kami sudah melalui sesi ujian yang positif. Saya sudah berlumba sepanjang tahun ini dan hanya memerlukan beberapa pusingan untuk menyesuaikan diri dengan jentera baharu ini," katanya.

Pelumba berusia 24 tahun itu akan bergandingan dengan Datuk Adrian D Silva dalam kejohanan yang akan berlangsung di Litar Vellalunga, Itali, 1 hingga 3 November ini.

Sebanyak 39 negara sudah menghantar wakil bagi merebut podium dalam enam acara yang dipertandingkan seperti Piala GT, Touring Car dan Formula 4.