Kapten skuad kriket kebangsaan, Anwar Arudin, optimis skuad negara mampu meraih kejuaraan dalam saingan Liga Kriket Dunia (WCL) divisyen empat yang akan berlangsung di beberapa venue sekitar Lembah Klang bermula esok hingga 6 Mei depan.

Keyakinan Anwar berlandaskan persiapan rapi skuad negara menghadapi saingan itu yang turut merangkumi latihan selama sebulan di Sri Lanka.

Untuk saingan divisyen empat kali ini, Malaysia akan berdepan Uganda, Vanuatu, Denmark dan Jersey.

"Kami telah menjalani latihan di Sri Lanka dan banyak pengalaman yang diraih untuk menghadapi saingan WCL ini," kata Anwar.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Syahadat Ramli, turut melontarkan keyakinan terhadap barisan negara yang kini dikendalikan bekas pemain antarabangsa Sri Lanka, Sampat Pereira.

Bagi Syahadat, jurulatih itu mempunyai pendekatan tersendiri yang membolehkan skuad negara tampil lebih ampuh.

"Teknik yang ditampilkan oleh jurulatih baru ini membantu kami secara keseluruhan," katanya.