Sebastian Vettel berharap Ferrari akan terus mempertingkatkan mutu jentera supaya dapat membantunya dalam persaingan gelaran Formula Satu (F1).

Pemandu kelahiran Jerman itu mendahului saingan dengan kelebihan lapan mata selepas meraih kemenangan dalam Grand Prix Britain.

Vettel berpuas hati dengan usaha pasukan memastikan jentera berada di tahap terbaik dan berharap ia akan berterusan sepanjang musim ini.

"Saya berasakan kami perlu memperbaiki mutu jentera hingga penghujung tahun ini," kata Vettel.

"Ia akan menjadi kunci kejayaan Ferrari kerana ia membantu saya dalam persaingan dengan pelumba lain."

Vettel tidak memenangi kejuaraan pelumba sejak 2013 tetapi dia akan menggunakan peluang berlumba dalam Grand Prix Jerman pada 22 Julai nanti.