UFC: 'Predator' mahukan Jon Jones

Ammar Hakim
Mac 28, 2021 19:47 MYT
Francis Ngannou memasang hajat untuk bertemu Jon Jones selepas menumbangkan Stipe Miocic dalam aksi ulangan untuk merangkul gelaran heavyweight dalam UFC 260.
Ngannou menjadi juara selepas membalas dendam ke atas Miocic yang mengatasinya tiga tahun lalu dalam UFC 220, petinju MMA Cameroon itu melepaskan tumbukan kencang untuk menumbangkan lawannya dalam pusingan kedua.
Kini petinju berusia 34 tahun itu mahu bertemu Jones, wakil Amerika Syarikat berstatus legenda itu kini telah memasuki kelas heavyweight tahun ini.
Ngannou memuji Jones sebagai antara yang terbaik dalam MMA, tetapi mengisytihar bersedia untuk mencabarnya.
"Pada pandangan saya, Jon Jones adalah yang terbaik dalam MMA, dia kini dalam kategori yang sama dengan saya dan itu merupakan perkara yang baik," katanya.
"Dia adalah cabaran yang saya mahukan dan ia merupakan perlawanan yang diharapkan. Tetapi kali ini dia akan menjadi pencabar, saya adalah juara.
"Jadi saya sudah bersedia pada bila-bila masa, saya bersedia untuk bertarung pada bulan Julai atau Ogos. Jika dia bersedia, saya bersedia.

If it were up to you, who would #UFC heavyweight champion @francis_ngannou fight next? ? Let us know below! ⤵️ pic.twitter.com/G4n9TZVJfR

— MMAFighting.com (@MMAFighting) March 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jon Jones #Stipe Miocic #Francis Ngannou #UFC 260