UFC 264: McGregor sudah tiada aura, kata Poirier

Ammar Hakim
Julai 10, 2021 06:35 MYT
Dustin Poirier bakal bertemu Conor McGregor dalam UFC 264 di Las Vegas esok dan menjadi salah satu pertarungan yang dinanti-natikan.
Pertembungan trilogi bakal berlangsung di Arena T-Mobile dengan kapasiti penuh.
"Saya sangat gembira untuk mengatakan: Vegas sudah kembali," kata presiden UFC, Dana White.
McGregor sebelum ini menyatakan pertarungan ini dibatalkan ekoran perbalahan antara kedua-dua petinju MMA menerusi Twitter.
Poirier meraih kemenangan dalam pertarungan sebelum ini di UFC 257 Januari lalu di Abu Dhabi dengan menumbangkan lawan dalam pusingan kedua, yang dianggap McGregor sukar diterima.
McGregor, yang menyifatkan persembahan lawannya tiga bulan lalu 'sungguh cemerlang', mengatasi lawan berusia 32 tahun itu dalam tempoh 106 saat dalam perlawanan pertama pada September 2014.
Bekas juara dua kategori itu, tidak memenangi perlawanan UFC sejak Januari tahun lalu.
Poirier tidak berasakan McGregor memiliki tenaga yang sama seperti sebelum ini.
"Bagi saya, tiada aura daripada McGregor. Tiada lagi.
"Seorang lawan yang bahaya tetapi saya hanya melihat dia sebagai seorang lelaki.
"Silakan bersorak untuk perlawanan ini. Tetapi saya hanya melihat seseorang yang pernah saya tewaskan dan mengetahui mampu mengatasinya sekali lagi."
#Conor McGregor #Dustin Poirier #UFC 264