UFC 264: McGregor patah kaki, Poirier dijulang sebagai pemenang

Ammar Hakim
Julai 11, 2021 04:43 MYT
Conor McGregor terpaksa meratapi kekalahan susulan mengalami kecederaan patah kaki ketika berdepan Dustin Poirier dalam UFC 264 di Las Vegas, sebentar tadi.

It's all over. It ends in absolute heartbreak as McGregor breaks his leg. #UFC264 pic.twitter.com/1dePpcwKLr

— UFC_Asia (@UFC_Asia) July 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pertarungan utama saingan UFC 264, McGregor dan Poirier kembali ke Octagon buat kali ketiga bagi menentukan pemenang muktamad di antara kedua-dua petinju MMA itu.
McGregor yang mengatasi Poirier dalam perlawanan pertama pada September 2014 dalam tempoh 106 saat.
Mereka kembali bertarung Januari lalu di Abu Dhabi dan kemenangan pertarungan kedua menjadi milik Poirier.
Dalam pertembungan trilogi itu, disifatkan sebagai penamat persengketaan antara dua atlet tersebut akhirnya menjadi milik petinju MMA kelahiran Amerika Syarikat itu selepas kedua-dua mereka saling melakukan serangan, kecederaan menjadi penghalang McGregor untuk meneruskan perlawanan apabila buku lalinya kaki kirinya patah sekaligus pengadil perlawanan, Herb Dean memutuskan perlawanan ditamatkan.
#Conor McGregor #Dustin Poirier #UFC 264