Terengganu Turtles mengambil kesempatan daripada gandingan Kelantan Warriors yang seperti separuh masak untuk menang mudah 21-13, 21-10 sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju carta mata Liga Sepak Takraw (STL) 2016.
Hanya menurunkan empat pemain, termasuk tekong gantian, Zulkifli Razak, regu Irsyad Faiz Aziz, Fadzli Roslan dan Azwan Muhrim kini kekal meninggalkan jauh tujuh pencabarnya dengan rekod tanpa kalah dan 12 mata daripada enam perlawanan.
Regu Vitthaya Boontha dari Thailand ini turut beruntung apabila Kedah Eagles yang menghampiri dan memintas Penang Panthers di tangga kedua, tersungkur mudah dalam perlawanan terdahulu kepada juara bertahan, ATM Guardians.
Guardians mencipta kejutan di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor dengan mencapai kemenangan keduanya musim ini apabila mudah menumpaskan Eagles, pasukan yang sedang meningkat dan mengumpul lapan mata liga, 21-15, 21-11.
Nazmi Najib, Afifuddin Razali dan Nazuha Nadzli seakan-akan berdepan lawan yang jauh berbeza dengan yang bergaya menewaskan Melaka Titans 14-21, 21-15, 21-14 semalam.
Regu bimbingan Aswadi Abdullah ini kini kian beransur-ansur meninggalkan zon penyingkiran di tangga corot dengan dua mata liga setelah saingan memasuki minggu keempat sejak 30 September lalu.
Eagles pula mengundang padah kerana masih cuba mempertaruhkan Nazirul Akram Rozali sebagai tekong yang masih tumpul dan mengembalikan Ali Alhamidi Ayob, apit kanan yang baru pulih daripada kemalangan jalan raya.
Apit kiri mereka, Zuleffendi Sumari, tampil seperti biasa sebelum gandingan ini terpaksa beralih kepada tekong dan perejam yang menyengat dalam tiga perlawanan lalu, Asrah Adenan, ketika ketinggalan set pertama, 15-18 dan Shahrol Nizam Romli dalam set kedua.
"Kami pun tidak sangka dapat menang mudah dua set hari ini padahal lawan hebat menundukkan Titans malam tadi. Macam satu kejayaan luar dugaan juga, apatah lagi kami hanya berlatih bagi perlawanan ini mulai Khamis lalu," kata jurulatih Guardians, Aswadi Abdullah.
"Kepenatan menentang Titans menjejaskan sedikit rentak dan prestasi kami manakala selepas banyak servis Nazirul yang terbuang begitu sahaja, kami tidak mampu bangkit dan semakin merudum dan patah semangat walaupun membuat pertukaran tekong dan perejam," kata pengurus Eagles, Syed Husain Syed Abu Bakar.
Stadium Astro
Sat Nov 05 2016


Giro d'Italia: Girmay could be forced to abandon after stage 10 win marred by freak eye injury
Eritrean Biniam Girmay wrote his name into the record books at the Giro d'Italia, but it remains to be seen whether he can race on.

Orlando Magic secure top pick in NBA Draft lottery
The Orlando Magic last had the first pick in the 2004 NBA Draft, when they selected Dwight Howard.

US PGA Championship: Rahm believes Alcaraz has 'big shoes to fill', cannot be unhappy with Mickelson
Jon Rahm is heading into this week's US PGA Championship at Southern Hills, having won the Mexico Open in his last outing.

US PGA Championship: 'It's a little bit different' – Scheffler adjusts to life after Masters win
Scottie Scheffler has claimed four tour wins in his last eight starts, coming into this weekend's US PGA Championship at Southern Hills.

Celtics lose Horford and Smart for Eastern Conference Finals opener
The Boston Celtics have lost two important players for their opener against the Miami Heat in the Eastern Conference Finals.

Henderson to call on Gerrard as Liverpool eye Aston Villa favour
Liverpool need Aston Villa to take something from Manchester City on the final day if they are to have a chance of winning the title.

Liverpool squad stars 'like Ferraris in the garage' – Klopp
The strength in depth Liverpool possess was key to their victory over Southampton and will be to any future success, says Jurgen Klopp.

Tomljanovic into Rabat quarter-finals, Cirstea out in Strasbourg
Sorana Cirstea was upset at the Internationaux de Strasbourg, but Ajla Tomljanovic was untroubled in the second round in Rabat.

Dembele 'tempted' by Barca exit as Laporta hopes star stays
Ousmane Dembele could be persuaded to leave Barcelona, yet Joan Laporta hopes the France international decides to renew his contract.

Mbappe wants €50m net from Real Madrid but Barcelona wouldn't pay that, says Laporta
Joan Laporta claimed Real Madrid target Kylian Mbappe is demanding a €50million net annual salary, which is out of Barcelona's reach.