Tokyo 2020: Tanpa kopi, saya tidak mungkin akan menang

Ammar Hakim
Ogos 3, 2021 03:11 MYT
Sifan Hassan berkata dia mengucapkan terima kasih kepada kafein setelah memenangi pingat emas Sukan Olimpik pertamanya dalam jarak 5,000m semalam.
Atlet Belanda itu dalam usaha untuk memenangi acara 1500m, 5,000m and 10,000m.
Hassan, yang merupakan atlet kelahiran Ethiopia, mempamerkan pecutan dalam pusingan terakhir untuk menang dengan catatan 14 minit 36.79 saat, tetapi nampaknya dia memerlukan sedikit bantuan untuk membawanya ke garisan penamat.
"Tanpa kopi, saya tidak akan pernah menjadi juara Olimpik," dia bergurau ketika ditanya wartawan.
Jadual padat Hassan menyaksikan dia akan berlari dalam enam perlumbaan jarak tengah-jarak jauh dalam tempoh lapan hari.
Dalam perlumbaan 1500m, dia bangkit selepas jatuh sebelum menamatkan sesi kelayakan di tempat pertama.

Not your typical Monday for @SifanHassan: - Fell during the 1500m heats. - Got up and won the race. - Entered the 5000m final. - Secured #NED's first #Athletics gold since 1992. pic.twitter.com/8rJQhtcRI8

— Olympics (@Olympics) August 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak boleh mempercayainya. Sungguh mengerikan ketika saya terjatuh," katanya. "Selepas saya jatuh dan terpaksa bangkit, saya berasa seperti menggunakan banyak tenaga. Saya tidak percaya perasaan di kaki saya. Semua tenaga seolah-olah meninggalkan saya.
"Saya sangat penat. Tanpa kopi, saya tidak akan menjadi juara Olimpik. Saya memerlukan semua kafein!"
Juara dunia dua kali dari Kenya, Hellen Obiri, meraih perak (14:38.36), dengan wakil Ethiopia, Gudaf Tsegay, meraih gangsa.
#Belanda #Kenya #Sukan Olimpik Tokyo #Ethiopia #Gudaf Tsegay #Hellen Obiri #Sifan Hassan