Tokyo 2020: Shah Firdaus dikejarkan ke hospital

Muzaffar Musa
Ogos 7, 2021 08:49 MYT
Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Juntendo, Shizouka, selepas terlibat dalam kemalangan pusingan saringan acara keirin di Velodrom Izu sebentar tadi.
Atlet kelahiran Muar Johor itu, yang bangkit memenduduki tempat kedua saingan repechage untuk ke suku akhir, disyaki mengalami patah tulang rusuk.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui keadaan sebenar pelumba negara itu.
Shah Firdaus dan Datuk Azizulhasni Awang dijadualkan untuk berlumba dalam pusingan suku akhir esok.

Doakan @shahfirdaus95 ???@AzizulAWANG @ASTROARENA @501Awani @ERAdotje @sinar_my @gegar_my @ZayanMy pic.twitter.com/Dnj9arKDMg

— Bazly.azmi (@bazlyazmi) August 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Shah Firdaus Sahrom #Berbasikal trek #Sukan Olimpik Tokyo 2020