Beberapa minit selepas seluar renangnya koyak dalam Sukan Olimpik Tokyo, perenang Hungary, Kristof Milak, hanya ketinggalan sedikit dalam usahanya melakarkan rekod dunia yang baru.

Perenang berusia 21 tahun itu berharap untuk memecahkan rekod 200 meter kuak kupu-kupu dalam aksi final semalam tetapi berkata seluar renang yang terkoyak menyebabkan dia menjadi terganggu menjelang perlumbaan.

"Ia terkoyak 10 minit sebelum saya menghadapi aksi final dan pada saat itu, saya mengetahui tidak berpeluang untuk memecah rekod dunia. Saya hilang fokus dan mengetahui tidak mampu melakukannya," kata Milak kepada BBC.

Milak turun dengan seluar renang yang berbeza, dia memenangi perlumbaan itu berkelebihan dua saat berbanding perenang lain. Menamatkan saingan dengan catatan masa 1 minit 51:25 saat, di mana memenangi rekod Olimpik yang sebelum ini dipegang Michael Phelps.


Tetapi Milak menjelaskan dia mahu memecahkan rekod dunia miliknya, (1:50:73s), yang dilakukan pada 2019, ketika berlumba di Pusat Akuatik Tokyo semalam.

"Itu adalah masalah bagi saya. Saya mempunyai rutin, irama, fokus. Ini mengganggu tumpuan saya dan masalah itu memberi kesan kepada masa saya," katanya. "Saya tidak berenang untuk pingat, saya berenang untuk masa itu."

"Saya katakan sebelumnya saya mahukan yang terbaik," sambungnya. "Dan yang terbaik untuk diri saya adalah rekod dunia."