Perancis menjangkakan Amerika Syarikat akan membalas dendam ketika aksi pembukaan acara bola keranjang lelaki dalam Sukan Olimpik Tokyo.

AS adalah pilihan untuk menjuarai pingat emas buat kali keempat berturut-turut di sebalik tewas dalam dua aksi pertunjukkan menjelang saingan di Tokyo.

Mereka akan membuka saingan Kumpulan A bertemu Perancis di Saitama Ahad ini.

Perancis mengatasi AS dalam suku akhir Piala Dunia 2019 dan ketua jurulatih, Vincent Collet, menjangkakan itu bakal menjadi perkara yang dalam fikiran lawan mereka itu.

"Kami juga tahu bahawa mereka ingin mengalahkan kami kerana dua tahun lalu kami melakukannya di China -- jadi kami tahu apa yang diharapkan untuk perlawanan itu," katanya.

Collet sedar bahawa nasib Perancis dalam Sukan Olimpik bakal ditentukan dalam perlawanan bertemu AS.

Ditanya adakah kelebihan bermain USA dulu, katanya, "Saya tidak tahu. Ini selalu perlawanan yang sangat sukar. Ia merupakan perlawanan yang istimewa, tetapi bagi kami ini ia hanyalah permulaan pertandingan.

"Saya harap kami bermain dengan baik tetapi apa pun yang berlaku kami perlu mengalahkan Republik Czech dalam perlawanan kedua, yang mungkin dilihat lebih penting."