Selepas tersingkir daripada Sukan Olimpik Tokyo, atlet lawan pedang Argentina, Maria Belen Perez Maurice, akhirnya menerima lamaran jurulatihnya.

Saat ketika Maria tersingkir daripada saingan Olimpik semalam, jurulatihnya, Lucas Guillermo Saucedo, mengambil keputusan dengan memaparkan tanda tulisan tangan 'Sudikah anda akan berkahwin dengan saya?



Ia merupakan percubaan kali kedua jurulatih lawan pedang Argentina itu, selepas lamarannya dalam Kejohanan Dunia 2010 ditolak.

Syukurlah untuk Saucedo, kali ini Maria mengatakan ya, sebelum dia menangis.


"Saya telah terlupa segalanya," kata atlet di ranking ke-27 dunia itu, selepas tewas 15-12 kepada wakil Hungary, Anna Marton di Makuhari Messe Hall sekaligus menamatkan penampilan ketiganya dalam Sukan Olimpik.

"Sudah tentu saya katakan ya," dia tersenyum.

Dia berkata lagi, "Mereka (media) meminta saya untuk toleh ke belakang, dan dia memegang sehelai surat itu. Saya lupa semuanya. Saya seperti, 'oh tuhan'.

"Kami sangat gembira. Kami memiliki hubungan yang sangat baik. Sudah tentu, kami ada bertengkar, tetapi kami saling menikmati masa ketika bersama.

"Kami sangat mencintai satu sama lain, dan kami ingin menghabiskan hidup kami bersama."