Atlet olahraga, Azreen Nabila Alias, menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita Sukan Olimpik Tokyo di tempat ketujuh, sebentar tadi.

Selepas berjaya merekodkan catatan peribadi terbaik 11.77 saat dalam sesi kelayakan di sebelah pagi, Azreen sekali lagi turun dalam pusingan pertama.

Turun dalam saringan keenam di lorong kedua bersama barisan pelari berpengalaman di pentas antarabangsa, atlet kelahiran Terengganu itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11.91s.

Wakil Nigeria, Blessing Okagbare, yang juga merupakan pelumba pilihan kelima, memenangi saringan dengan catatan masa 11.05s diikuti Asha Philip (Great Britain) dan Tynia Gaither (Bahamas).