Perenang Amerika Syarikat, Caeleb Dressel, memenangi pingat emas 100m kuak kupu-kupu Sukan Olimpik Tokyo di Pusat Akuatik Tokyo, sebentar tadi.

Mendahului daripada permulaan hingga tamat, Dressel menamatkan saingan dengan rekod dunia terbaru, 49.45 saat memperbaiki 0.05 saat daripada rekod sebelumnya.

Dia dinobat sebagai juara Olimpik mengatasi wakil Hungary, Kristof Milak, yang meraih perak dengan perenang Switzerland, Noe Ponti pulang dengan gangsa.