Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, layak ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menduduki tangga ke-10 pusingan kelayakan hari ini.

Atlet berusia 22 tahun itu, yang memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia dan Komanwel 2018, mengumpulkan 291.60 mata daripada lima terjunannya di Pusat Akuatik Tokyo.

Hanya 18 penerjun terbaik layak ke separuh akhir esok, di mana hanya 12 daripada mereka akan bersaing dalam final acara itu hujung minggu ini.

Dalam penampilan terakhirnya pada 2016, Dhabitah menamatkan saingan 3 meter papan anjal seirama wanita bersama Cheong Jun Hoong di tangga kelima selain kesembilan dalam 10 meter plaform.

Sementara itu, seorang lagi penerjun negara, Ng Yan Yee, yang beraksi dalam Sukan Olimpik ketiganya, gagal meneruskan kemaraan selepas menamatkan saingan di tangga ke-20 dengan 251.95 mata.

*Kredit foto: asiana.my