BRAZIL 5 CHINA 0

Legenda Brazil, Marta, muncul pemain wanita bola sepak pertama dalam sejarah yang mencetak gol dalam lima penyertaan Sukan Olimpik.


Marta menjaringkan gol pembuka dari jarak dekat selepas sembilan minit perlawanan sebelum menokok satu jaringan lagi dalam babak kedua ketika Brazil menumbangkan China 5-0 untuk membuka kempen Kumpulan F, Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pemain berusia 35 tahun itu membuat kemunculan pertama temasya di Athens pada 2004.

Marta terus berbisa dalam temasya Beijing, London dan Rio sebelum menjaringkan gol di Tokyo, sebentar tadi.

Dia masih belum mendakap pingat emas Sukan Olimpik, namun meraih perak dalam edisi 2004 dan 2008.



Rakan sepasukannya, Formiga yang beraksi pada usia 43 tahun, turut melakar rekod ketika membelasah China itu.

Selepas 25 tahun membuat penampilan pertama di Atlanta pada 1996, Formiga menjadi pemain tertua dalam sejarah temasya itu.

Dia juga merupakan pemain Brazil pertama yang bertanding dalam tujuh edisi Olimpik.

Perlawanan selanjutnya buat skuad Selecao itu adalah pertembungan dengan Belanda


Keputusan lain:

KUMPULAN G
AUSTRALIA 2 NEW ZEALAND 1
SWEDEN 3 AMERIKA SYARIKAT 0

KUMPULAN F
BELANDA 10 ZAMBIA 3

KUMPULAN E
JEPUN 1 KANADA 1
GREAT BRITAIN 2 CHILE 0