Tokyo 2020: Legenda gimnastik Jepun terjatuh, gagal ke final

Muzaffar Musa
Julai 24, 2021 08:53 MYT
Legenda gimnastik Jepun, Kohei Uchimura, tersingkir secara dramatik daripada Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila terjatuh dalam pusingan kelayakan acara palang sejajar hari ini.
Wakil tuan rumah itu membawa harapan untuk menambah koleksi tiga pingat emas yang dimenanginya sebelum ini tetapi cengkaman tangannya terlepas dalam satu babak penting rutinnya sehingga terjatuh ke lantai.
Ia bermakna, walaupun Uchimura dapat bangkit untuk meneruskan saingan apparatus itu, berita mengenai penyingkirannya telah mengejutkan seluruh Jepun.
Berita mengenai penyingkiran wira sukan Jepun itu dengan segera bertebaran dan menjadi perbualan di seluruh negara penganjur berkenaan.
Uchimura memenangi saingan all-around di London pada 2012 dan di Rio pada 2016. Dia juga membantu pasukannya memenangi pingat emas di Brazil lima tahun lalu tetapi hanya tersenarai dalam acara palang sejajar dalam edisi di laman sendiri kali ini.
Dia merekodkan 13.866 mata untuk menduduki tangga ke-18 pusingan kelayakan itu, di mana hanya lapan peserta terbaik layak ke final.

Uchimura Kohei ??, HB: Bretschneider, close to bar but swings cleanly out. Cassina, close too but doesn't bend his elbows on the giant after. Kolman. Stalder 1.5, loses his grip and and flies off, landing on his side. Gets up, repeats the element perfectly, finishes well. 13.866.

— FIG (@gymnastics) July 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Gimnastik #Sukan Olimpik Tokyo