Tokyo 2020: Kanada lebur rekod 36 perlawanan tanpa kemenangan ke atas AS, mara ke final

Ammar Hakim
Ogos 3, 2021 01:12 MYT
Kanada menamatkan rekod 36 perlawanan tanpa kemenangan ke atas Amerika Syarikat, penalti disempurnakan Jessie Fleming memastikan mereka mara ke final acara bola sepak wanita dalam Sukan Olimpik Tokyo.
AS memiliki 17 percubaan semalam tetapi merakamkan kekalahan kedua dalam temasya -- selepas tewas 3-0 kepada Sweden dalam aksi pembukaan -- bermakna juara dunia itu tidak berpeluang untuk meraih emas di Jepun.
Kontroversi menyelebungi jaringan kemenangan, selepas VAR memberikan Kanada sepakan penalti selepas Tierna Davidson menjatuhkan Deanne Rose pada minit ke-74.
Penjaga gol gantian, Adrianna Franch, yang dibawa masuk bagi menggantikan Alyssa Naeher, berjaya meneka arah sepakan Fleming namun masih bola menembusi gawang.
Kanada memastikan gawang tidak dibolosi hingga tamat perlawanan bagi merekodkan kemenangan pertama ke atas AS sejak 11 Mac 2001.

Canada 1-0 USA in the women's Olympic semi-final at #Tokyo2020. This was Canada's first win over USA since March 11, 2001 - ending a 36-game winless run. ?#CANWNT #USWNT pic.twitter.com/7gepoyG280

— The Analyst (@OptaAnalyst) August 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat #Sukan Olimpik Tokyo #Kanada #Jessie Fleming