Penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi, tidak terjejas dengan larangan berlatih sejak tujuh hari lalu sebaik kembali ke Asaka Shooting Range dengan bidikan tepat, semalam.

Jurulatih negara, Yusri Jusoh, berpandangan anak buahnya itu perlu memecah rekod kebangsaan sendiri iaitu 1172 mata sekiranya mahu mencerahkan peluangnya ke final acara 50 meter rifle 3 posisi, Ahad ini.

"Selepas lapan hari menjalani di sini, tembakannya semakin baik dan tepat.

"Dia pun mula dapat menyesuaikan diri," katanya di Perkampungan Sukan .




Situasi itu berlaku selepas peserta Sukan Olimpik 2012 itu tidak dapat turun berlatih dalam tempoh tujuh hari sepanjang tiba di Jepun.

"Ia tidak memberi kesan sangat terhadap persembahannya kerana dia ada aktiviti yang berterusan.

"Saya lihat prestasi kedudukan semua peserta adalah hampir sama rata, Nur Suryani perlu menyasarkan 1175 mata untuk ke final," katanya lagi.