Tokyo 2020: Jinq En pecah rekod kebangsaan dalam pusingan saringan

Muzaffar Musa
Julai 25, 2021 11:20 MYT
Perenang negara, Phee Jinq En, memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter kuak dada wanita dalam pusingan saringan kedua Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.
Dalam saingan tujuh perenang itu, Jinq En menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 1:08.40, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 1:08.50 yang dilakukannya dalam Sukan SEA Filipina pada 2019.
Seterusnya, Jinq En akan bersaingan dalam acara 200m kuak dada wanita pada Rabu ini.
#Renang #Phee Jinq En #Sukan Olimpik Tokyo 2020