Tokyo 2020: Jeremiah berdebar tunggu keputusan kelayakan all-around

Muzaffar Musa
Julai 24, 2021 06:33 MYT
Gimnas artistik negara, Jeremiah Loo, kini berdebar menantikan sama ada dia akan layak ke final acara all-around atau tidak selepas merekodkan 67.498 mata dalam pusingan kelayakan subdivision pertama Sukan Olimpik Tokyo hari ini.
Atlet berusia 23 tahun itu, yang merupakan gimnas lelaki Malaysia pertama layak ke Sukan Olimpik sejak Ng Shu Wai melakukannya pada 2004, memperoleh mata yang agak baik dalam kebanyakan apparatus tetapi malang apabila didenda empat mata dalam rutin gelung roman.
Dia menamatkan sesi pagi di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo itu di tangga ke-19, di mana hanya 24 peserta terbaik daripada tiga pusingan subdivision akan melangkah ke final acara lelaki.
Wakil Jawatankuasa Olimpik Russia (ROC), Nikita Nagornyy (87.897), dan dua gimnas China, Xiao Ruoteng (87.732) dan Sun Wei (87.298), muncul tiga peserta terbaik dalam sesi berkenaan.
*Kredit foto: asiana.my

Aksi Palang Sejajar Jeremiah Loo dalam acara Gimnastik Artistik All Around#SokongMalaysia #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/TeAh9QEsrf

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Gimnastik #Sukan Olimpik Tokyo #Jeremiah Loo #Gimnastik artistik