Lydia Jacoby, perenang berusia 17 tahun dari Alaska, mengejutkan juara bertahan, Lilly King, dan memenangi 100 meter kuak dada Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Jacoby menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 minit 04.95 saat. Wakil Afrika Selatan, Tatjana Schoenmaker, menamatkan saingan di tempat kedua (1:05.22s). King, juara Rio 2016, di tempat ketiga, 0.59 saat di belakang pemenang pingat emas.


Selepas menamatkan perlumbaan dan menoleh untuk melihat kedudukannya, dan melihat nama di tempat pertama, Jacoby segera berfikir pada dirinya sendiri, "Itu sesuatu yang gila."

"Sukar untuk menjangkakannya, sememangnya saya berlumba untuk pingat emas. Saya tahu saya memilikinya. Saya tidak terlalu mengharapkan pingat emas. Semasa saya melihat ke atas dan melihat papan skor itu, ia seperti sesuatu yang mustahil."

Jacoby menjadi salah seorang perenang muda Amerika Syarikat memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Perenang yang lebih muda meraih emas untuk AS dalam acara individu merupakan Katie Ledecky dan Missy Franklin.

"Saya sangat teruja untuk Lydia," kata pemenang pingat emas Rio 2016, King. "Saya suka meliht masa depan acara kuak dada didominasi perenang masa depan AS dan seseorang yang boleh dijadikan saingan bagi perlumbaan akan datang.

"Saya sudah mengetahui dia adalah ancaman dan melihat diri saya dalam usahanya."

Jacoby menjadi perenang pertama dan Olimpian ke-10 yang lahir di Alaska.