Tokyo 2020: Hatrik Richarlison pastikan kemenangan Brazil

Ammar Hakim
Julai 22, 2021 22:00 MYT
BRAZIL 4 JERMAN 2
Richarlison meledak hatrik dalam separuh masa pertama sebelum Brazil hampir melepaskan kelebihan ke atas Jerman dalam aksi pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Juara bertahan, Brazil, mengatasi Jerman 4-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan D di Yokohama, perlawanan ulangan final Sukan Olimpik Rio.
Richarlison membuka jaringan pada minit ketujuh sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-22 sebelum melengkap hatrik lapan minit kemudian.
Matheus Cunha gagal menyempurnakan penalti untuk Brazil dalam masa kecederaan separuh masa pertama.
Nadime Amiri dan Ragnar Ache berusaha merapatkan kedudukan sebelum Paulinho melengkapkan kemenangan Brazil.

PRU PRU PRU! EU TE AMO, RICHARLISON! ⚽⚽⚽ ?? 3x0 ?? | #BRAxALE #JogosOlímpicos #SeleçãoOlímpica pic.twitter.com/2cQUfFytcS

— CBF Futebol (@CBF_Futebol) July 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan lain:
JEPUN 1 AFRIKA SELATAN 0
SEPANYOL 0 MESIR 0
ARGENTINA 0 AUSTRALIA 2
#Brazil #Jerman #Richarlison #Sukan Olimpik Tokyo 2020