Perancis mengatasi Afrika Selatan ketika hatrik Andre-Pierre Gignac memastikan kemenangan 4-3 Les Bleus dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo.

Selepas ditewaskan Mexico 4-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan A, Perancis bangkit dalam usaha melangkah ke peringkat seterusnya, namun mereka menempuhi jalan sukar di Saitama.

Afrika Selatan mendahului tiga kali dalam separuh masa kedua, namun Les Bleus berjaya memastikan tiga mata berjaya diperoleh.

Perancis sebelum ini terpaksa meratapi empat jaringan yang dibolosi, namun mereka berjaya bangkit daripada keputusan terdahulu, jaringan kemenangan dalam masa kecederaan daripada Teji Savanier memastikan kemenangan buat mereka.

Pemain berusia 35 tahun, Gignac, berjaya memastikan Perancis menyamakan kedudukan tiga kali, jaringan jarak dekat diikuti tandukan sebelum penyerang Tigres itu, pendahulu jaringan kejohanan, melengkapkan penalti kedua kejohanan bagi menafikan jaringan Teboho Mokoena pada minit ke-81.

Pemain Montpellier, Savanier, muncul penjaring gol kemenangan sekaligus menyingkirkan Afrika Selatan.

Perancis di tangga ketiga Kumpulan A, tiga mata di belakang pendahulu liga Jepun, yang mengatasi Mexico 2-1.