Tokyo 2020: Gavin mula pasang strategi di Kasumigaseki

Shaiful Shamsudin
Julai 26, 2021 13:11 MYT
Atlet golf negara, Gavin Green, pula mahu memanfaatkan masanya untuk mengkaji Padang Golf Kasumigaseki untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Gavin ditemani bapanya yang bertindak sebagai kedinya buat kali kedua di pentas berprestij itu.
Dia tiba dari United Kingdom (UK) mempunyai tempoh empat hari untuk menyesuaikan diri sebelum saingan bermula Khamis ini.
Biarpun persiapannya pada kali ini lebih teratur dengan menyertai siri di Eropah, namun dia masih belum berpuas hati dengan prestasi semasanya.
Dia mengakhiri saingan di Brazil, lima tahun lalu di kedudukan ke-47 dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada teknik pukulannya.
"Esok (hari ini) saya akan beri tumpuan untuk menyesuaikan fizikal saya dengan zon masa Jepun memandangkan saya berkelana ke UK sepanjang dua bulan lalu.
"Saya perlu mengenal pasti strategi pukulan selain mengkaji selok-belok lapangan ini agar fizikal dapat menyesuaikan diri," katanya yang ditemui di Perkampungan Sukan.

Kasumigaseki Country Club has a storied history, and another chapter will be added this week at #Tokyo2020 https://t.co/Hqdw7Ng7BE

— Olympic Golf (@OlympicGolf) July 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain wanita negara, Kelly Tan, pula akan tiba pada Jumaat ini.
"Secara peribadi saya tidak mahu mereka menyasarkan 20 kelompok terbaik, sebaliknya menaiki podium.
"Mereka berdua pasti akan berikan persembahan terbaik, sekarang cuma tengok keadaan di sini," kata pengurus pasukan golf negara, Boo Chin Chai.
#Golf #Sukan Olimpik #Tokyo 2020