Tokyo 2020: Gavin Green bermula pukul 4.30 pagi esok atas faktor cuaca

Shaiful Shamsudin
Julai 30, 2021 12:54 MYT
Pemain golf negara, Gavin Green, mempamerkan aksi lebih baik menerusi catatan dua atas par dalam pusingan kedua yang dua kali ditangguhkan akibat cuaca buruk di Kelab Golf Kasumigaseki.
Momentum awal permainannya terjejas berikutan hujan lebat lalu mendorong wakil negara itu di samping beberapa peserta lagi untuk meneruskan baki aksi hari ini pada pagi esok sebelum meneruskan pusingan ketiga.
Dia membenam empat birdie di lubang pertama, ketiga, keenam, 11 dan tiga bogey berbaki empat lubang.
Ia lebih baik berbanding hari pertamanya dengan dua birdie dan lima bogey yang menyaksikannya mencatat 74 pukulan untuk 3 atas par.
Misi Gavin ialah memperbaiki pencapaian tangga ke-47 ketika melakukan penampilan sulung dalam edisi Rio 206 dan dia sebenarnya berpeluang mengatasi rekod itu sekiranya rentaknya dapat diteruskan.
Justeru, dia bakal melalui hari panjang esok untuk menghabiskan baki pusingan seawal pukul 4.30 pagi waktu tempatan sebelum meneruskan saingannya dalam pusingan ketiga, tiga jam kemudian, sekiranya cuaca mengizinkan.
#Golf #Sukan Olimpik #Tokyo 2020 #Gavin Green