Persekutuan Renang Poland (PZP) menerima kritikan hebat hingga mendorong atlet meminta presiden badan induk itu, Pawel Slominski, agar mengundurkan diri berikutan isu pendaftaran peserta untuk Sukan Olimpik Tokyo yang bermula Jumaat ini.

Timbul kekeliruan apabila enam perenang -- Alicja Tchorz, Bartosz Piszczorowicz, Aleksandra Polanska, Mateusz Chowaniec, Dominika Kossakowska dan Jan Holub -- yang mengikuti rombongan 23 skuad itu diarah sebaik tiba di Jepun.

Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) menetapkan sesebuah negara hanya boleh menghantar 17 wakil sahaja untuk temasya itu.

Strategi Poland untuk beberapa acara yang bakal disertai mereka secara tidak langsung terjejas.

"‘PZP -- di kaca mata masyakat dan penaja berpotensi -- telah menjadi bahan ketawa dan ia akan memberi kesan kepada perenang yang akan memakai seragam putih dan merah ini," menurut satu kenyataan bantahan yang dikeluarkan oleh 22 atlet itu.

A post shared by Alicja Tchórz (@alicja_tchorz)