Bintang tenis Russia, Daniil Medvedev, 'naik angin' dengan wartawan yang bertanyakan adakah pasukan Jawatankuasa Olimpik Russia (ROC) membawa stigma sebagai penipu dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selepas menewaskan wakil Itali, Fabio Fognini, dalam cuaca panas terik dalam Sukan Olimpik Tokyo, Medvedev dituju soalan penuh kontroversi, ketika Russia tidak dapat menyertai Sukan Olimpik sebagai negara ekoran pendedahan mengenai program doping yang ditaja oleh kerajaan.

Adakah atlet pasukan Olimpik Rusia membawa stigma penipu dalam temasya ini setelah skandal itu dan bagaimana perasaan anda mengenainya?" seorang wartawan bertanya, pada soalan terakhir dalam sidang media bahasa Inggerisnya.

Soalan tersebut ternyata membuatkan Medvedev berang.

"Ini adalah kali pertama dalam hidup saya saya tidak akan menjawab soalan. Dan anda harus malu pada diri sendiri, "katanya.

Dia kemudian berpaling kepada petugas media dan berkata, "Saya berasakan anda harus [menyingkirkan] dia daripada Sukan Olimpik serta bagi pertandingan tenis.

"Saya tidak mahu melihatnya lagi dalam wawancara saya. Terima kasih."

Wartawan itu berusaha untuk menjelaskan dirinya tetapi Medvedev mula berjalan dan berkata, "Inilah pertama kalinya dalam hidup saya... Oleh itu, anda harus malu."