Paula Badosa terpaksa menarik diri dalam perlawanan suku akhir acara tenis Sukan Olimpik Tokyo 2020 menentang Marketa Vandrousova selepas dia mengalami strok haba sehingga terpaksa meninggalkan gelanggang dengan bantuan kerusi roda.

Biarpun cuaca di Tokyo hujan lebat semalam, ia menjadi panas terik hari ini dengan suhu yang dicatatkan melebihi 30 darjah Celsius.

Vandrousa, yang mencipta kejutan dengan menyingkirkan wakil tuan rumah, Naomi Osaka, dalam pusingan sebelum ini, memenangi 6-3 dalam set pertama di Ariake Tennis Park tetapi lawannya jelas bergelut di bawah cuaca panas itu sebelum memulakan set kedua.

Badosa kemudian terpaksa menerima bantuan daripada pasukan perubatan untuk meninggalkan gelanggang itu, sekali gus memberikan laluan buat Vondrousova untuk ke separuh akhir.