Tokyo 2020: Atlet BMX berlanggar dengan pegawai kejohanan

Ammar Hakim
Julai 27, 2021 00:06 MYT
Pelumba BMX Belanda terlibat dalam kemalangan dengan pegawai Sukan Olimpik Tokyo yang cuba menyeberangi litar.
Niek Kimmann melakukan pemanas badan menjelang permulaan pertandingan BMX Khamis ini, melakukan beberapa lompatan dan sebelum dia tiba-tiba berhenti, setelah bertembung dengan seorang pegawai di tengah trek.
Kimmann dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut, dan berharap dan bersedia untuk menghadapi pertandingan beberapa hari lagi, sementara keadaan pegawai masih tidak diketahui.
"Jadi inilah yang berlaku hari ini," kata Kimmann, sambil berkongsi video kejadian itu. "Berlanggar dengan pegawai yang ingin melintasi litar. Harap pegawai itu baik-baik saja. Lutut saya sakit, tetapi akan melakukan yang terbaik untuk bersedia pada hari Khamis! Terima kasih semua orang atas pesanannya, saya amat menghargainya!"

So this is what happened today. ? Hit an official that wanted to cross the 2nd straight. Hope the official is O.K. My knee is sore, but will do my best to be ready for Thursday! Thanks everyone for the messages, appreciate it! ❤️ pic.twitter.com/QOdJ2r0usT

— Niek Kimmann (@niekkimmann) July 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Belanda #BMX #Sukan Olimpik Tokyo #Niek Kimmann