Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) memperkenalkan kempen 'Virtual Boxing' sebagai salah satu cara mengenal pasti atlet berpotensi.

Peninju perlu mendaftar di laman sesawang PTM yang dibuka sejak kelmarin hingga 24 April depan dngan memuat naik beberapa teknik asas.

Calon yang layak akan terpilih untuk menyertai skuad pelapis kebangsaan.

Pemenang pingat emas kategori 63kg Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Mohamad Akram Rasit, yang sempat berkongsi panduan mengenai cara tumbukan yang betul menjelaskan ia juga sebagai langkah menarik lebih ramai menceburi aktiviti bertinju.

"Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu sukan tinju secara meluas kerana tidak terlalu diminati.

"Dengan adanya pertandingan ini, masyarakat akan mula meminati dan memeriahkan tinju tanah air," katanya.

MESYUARAT EXCO PERSEKUTUAN TINJU MALAYSIA SIRI 1/2021 . Membincangkan program pembangunan, pertandingan dan persiapan Sukan SEA dan Sukan Komanwel 2022.

Posted by Persekutuan Tinju Malaysia - Malaysia Boxing Federation on Saturday, March 27, 2021