Tiket Piala Remaja Asia jadi rebutan pemain

Shaiful Shamsudin
April 26, 2021 14:30 MYT
29 pemain hoki dipanggil untuk merebut slot skuad remaja kebangsaan yang akan menggalas tugas ke Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia di Bangladesh, 1 hingga 10 Julai depan.
Kejohanan itu turut menawarkan empat slot automatik ke Piala Dunia Remaja 2021 di India.
Dengan kekangan yang dihadapi pemain berikutan penularan wabak COVID-19, mereka memiliki sekurang-kurangnya tempoh dua bulan untuk membuat persiapan.
Justeru, barisan pemain kendalian Wallace Tan itu perlu membuktikan kredibiliti masing-masing dalam usaha terpilih antara 18 terbaik termasuk perlu bersaing dengan lima pemain senior kebangsaan yang terdiri daripada Azrai Aizad Abu Kamal, Muhammad Noor Firdaus Rosdi, Muhammad Arif Syafie Ishak, Syarman Mat Tee dan Pavandip Singh Gurdip Singh.
"Mereka menunjukkan satu peringkat permainan yang efektif. Ini menunjukkan mereka ada semangat berpasukan, itu pun penting.
"Kami mesti atur strategi untuk layak ke separuh akhir, seterusnya ke Piala Dunia Remaja," kata jurulatih itu.
Senarai penuh 29 pemain Skuad Projek Khas Lelaki kebangsaan:
Penjaga gol:
Che Shahrul Azmi Che Saupi
Muhammad Hamiz Mohd Ahir
Mohd Aidil Mohd Shah
Pertahanan:
Muhammad Arif Syafie Ishak
Muhammad Nur Asyraf Ishak
Syarman Mat Tee
Muhammad Saifuddin Ali
Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin
Muhammad Amirul Hamizan Azahar
Muhammad Shafiq Hassan
Adam Aiman Mamat
Muhammad Fahmi Khalid
Tengah:
Shello Silverius
Muhammad Nursyahmi Zukifli
Muhammad Syawal Abd Razak
Nasrul Syahkhir Sadikul
Muhammad Hafizi Zainuddin
Alfarico Lance Liau Jr
Muhammad Izham Azhar
Pavandip Singh Gurdip Singh
Muhammad Syamim Naim Abd Hamid
Penyerang:
Muhammad Noor Firdaus Rosdi
Mohamad Akhimullah Anuar Esook
Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal
Muhammad Amirul Haniff Mamat
Muhammad Muhibuddin Moharam
Muhajir Abdu Rauf
Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul
Nukman Hakim Mohamad
#Hoki #Piala Remaja Asia