Justin Thomas berasakan dia akhirnya dapat mempamerkan aksi sebenar selepas wakil Amerika Syarikat itu berkongsi kedudukan pendahulu dalam Kejohanan Dell Technologies.

Thomas berkongsi kedudukan bersama Marc Leishmann selepas tiga pusingan dengan merakamkan lapan bawah par 63, hari ini.

Thomas berjaya menyempurnakan semua pukulan putt tatkala juara Kejohanan PGA Amerika Syarikat itu memburu kejuaraan kelimanya musim ini.

"Saya sangat berpuas hati. Hari ini berjalan dengan lancar," kata Thomas selepas menyelesaikan pusingannya.

"Saya akhirnya dapat menguasai pukulan saya. Saya menyempurnakan pukulan jauh dan dekat dengan lancar.

"Tetapi sukar untuk membayangkan hari saya berlalu dengan baik. Tetapi seperti saya katakan, saya sangat teruja kerana berjaya menempatkan diri saya untuk menjuarai kejohanan ini."

Sukar untuk membayangkan Thomas mampu bermain dengan baik meskipun masih belum mencapai prestasi terbaiknya tetapi dia tampak teruja dengan pukulannya hari ini berbanding dua hari sebelum itu.

"Dalam dua pusingan sebelum ini, saya gagal beraksi dengan baik.

"Tetapi saya cuba bersabar. Saya tahu pukulan tidak seteruk yang saya jangkakan tetapi ia tidak berapa baik, terutama ketika melakukan putt.

"Mungkin kerana saya tidak melakukan pusingan pemanas badan dengan baik pagi ini. Jadi, saya mengalihkan fokus terhadap bermain golf daripada terlalu memikirkan tentang hayunan kayu golf saya. Itulah nasihat yang sering dberikan jurulatih golf di Alabama, Jay Seawell, 'main golf bukan hayunan kayu golf'. Mungkin itulah yang saya lakukan hari ini."