Stefanos Tsitsipas terselamat daripada kejutan dalam pusingan pertama Terbuka Vienna sebelum mengatasi Grigor Dimitrov.

Ia merupakan pertembungan sengit dalam set pertama hingga diheret ke tie break, dengan Dimitrov mendahului 6-3.

Tsitsipas kembali mendapatkan rentak emraih lima mata berturut-turut sebelum merakamkan kemenangan 7-6 (8-6), 6-4 ke pusingan kedua dan baka berdepan Frances Tiafoe seterusnya.

"Grigor merupakan pesaing yang hebat dan tahap permainan hari ini cukup tinggu. Kami bersaing di peringkat tertinggi," kata Tsitsipas.

"Ia merupakan perlawanan yang cukup baik antara kedua-dua pemain dan saya hampir melakukan gaya permainan yang sempurna bagi mendapatkan kemenangan kali ini."

Alexander Zverev, pilihan kedua, turut dipaksa bekerja keras ketika mengatasi Filip Krajinovic 6-2 7-5.