Serena Williams tersingkir daripada Tebuka Top Seed, bekas pemain nombor satu dunia itu dikejutkan oleh Shelby Rogers dalam suku akhir.

Williams –- pilihan utama dan juara grand slam 23 kali -- diatasi 1-6, 6-4, 7-6 (7-5) oleh rakan senegaranya, Rogers di Lexington semalam.

Membuat persiapan bagi menghadapi Terbuka AS di New York, pemain kelahiran Amerika Syarikat itu mengatasi kakaknya, Venus dalam pusingan 16 tetapi bintang berusia 38 tahun itu gagal untuk meneruskan momentum ini dalam acara WTA Antarabangsa.

Rogers -– dalam pertemuan pertama berdepan Serena -– ketinggalan dalam set pertama sebelum menempah slot ke separuh akhir berdepan Jil Teichmann, yang mengatasi Cici Bellis 6-2, 6-4.