Emma Raducanu akan menentang Iga Swiatek dalam suku akhir Kejohanan Tenis terbuka Stuttgart awal pagi tadi tetapi Maria Sakkari dan Karolina Pliskova pula tersingkir.

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Raducanu, mengatasi Tamara Korpatsch 6-0, 2-6, 6-1 untuk menempah pertemuan dengan pemain nombor satu dunia, Swiatek.

Ia akan menjadi pertemuan pertama kedua-dua pemain itu dalam Jelajah WTA, di mana ia juga akan menjadi kali pertama Raducanu berdepan lawan dalam kelompok 10 teratas dunia.

Sementara itu, pemain pilihan keempat, Sakkari, menarik diri di kedudukan 6-4, 3-1 ketika menentang wakil tuan rumah, Laura Siegemund, yang akan berdepan Liudmila Samsonova selepas pemain itu menewaskan Pliskova 6-4, 6-4.