Juara Terbuka Remaja British tiga kali, Aifa Azman, meneruskan persembahan cemerlangnya apabila mara ke suku akhir kejohanan itu di Birmingham, England awal pagi tadi.

Pemain nombor 61 dunia itu menewaskan pilihan ke-9/16, Evie Coxon, dari England 11-8, 11-3, 11-4 dalam pusingan ketiga kategori Bawah 19 (B-19) wanita di gelanggang kaca Universiti Birmingham, demikian menurut laman sesawang kejohanan https://britishjunioropen.com.

Pemain berusia 18 tahun dari Kedah itu sebelum ini menyapu bersih gelaran juara B-13 pada 2014, B-15 pada 2016 dan B-17 pada 2018.

Turut mengiringinya ke suku akhir itu ialah adiknya, Aira, yang mengetepikan pilihan ke-9/16, Lucie Stefanoni dari Amerika Syarikat, 11-7, 11-5, 11-9 dalam kategori B-17.

Kejohanan yang bermula Rabu lalu itu diadakan di empat venue, iaitu Edgbaston Priory Club, University of Birmingham Sport & Fitness club, Solihull Arden Club dan West Warwickshire Sports Complex.


Keputusan:

(Nota: [ ] menunjukkan pilihan dan pemain Malaysia kecuali dinyatakan)

Wanita:

Pusingan Kedua:

B-11:

[3/4] Harleein Tan kk [9/16] Hana Elmahdy (MES) 11-8, 11-6, 7-11, 11-5

Layla Gupta (AS) kk [9/16] Jadishkumar Shirijah 11-6, 11-3, 11-4



Pusingan Ketiga:

B-13:

[9/16] Barb Sameh (MES) kk [3/4] Whitney Wilson 12-10, 11-1, 6-11, 13-11

[5/8] Lauren Baltayan (PER) kk [9/16] Doyce Lee Ye San 11-7, 11-7, 14-12



B-15:

[1] Sehveetrraa Kumar kk [9/16] Alyx Kelleher (WAL) 11-6, 11-9, 11-3

[5/8] Caroline Fouts (AS) kk [9/16] Anrie Goh 11-6, 11-3, 11-8

[9/16] Caroline Eielson (AS) kk [5/8] Goh Zhi Xuan 11-4, 11-2, 11-7



B-17:

[1] Aira Azman kk [9/16] Lucie Stefanoni (AS) 11-7, 11-5, 11-9

[5/8] Yee Xin Ying kk [9/16] Asia Harris (ENG) 11-5, 11-7, 11-2



B-19:

[5/8] Ainaa Ampandi kk [9/16] Haya Mohamed Ali (MES) 12-10, 11-7, 12-10

[2] Aifa Azman mn [9/16] Evie Coxon (ENG) 11-8, 11-3, 11-4



Pusingan Ketiga:

Lelaki:


B-11:

[1] Jayden Oon kk [17/32] Chris Dromgoole (IRL) 11-7, 11-5, 11-7

[5/8] Farouk Mohamed (MES) kk [17/32] Muhammad Haiqal Hazim Syahrudin 11-3, 7-11, 11-3, 11-7



B-13:

[17/32] Hamdy Ehab (MES) kk [3/4] Lee Hong Wong 11-6, 11-7, 11-4

[9/16] Archie Turnbull (WAL) kk [5/8] Nickhileswar Moganasundharam 11-7, 11-6, 11-3


B-15:

[9/16] Muhammad Ammad (PAK) kk [17/32] Tay Jun Qian 11-4, 12-10, 11-8

[5/8] Harith Danial Jefri kk [17/32] Yujin Ikeda (JPN) 11-6, 11-6, 11-6


B-17:

[5/8] Ameeshenraj Chandaran kk [17/32] Laszlo Godde (PER) 11-3, 11-7, 14-12

[17/32] Joachim Han Wen Chuah kk [9/16] Muhammed Azhan Khan (ENG) 7-11, 11-6, 11-9, 11-13, 11-9

[9/16] Andrik Lim Shan kk [33/64] Tate Harms (SWI) 11-8, 8-11, 11-9, 11-7

[5/8] Ishant Shah kk [17/32] John Paul Tew (AS) 10-12, 11-7, 11-9, 11-3

[17/32) Ahmed Ismail (MES) kk [2] Muhammad Amir Amirul Azhar 14-12, 10-12, 11-9, 11-8


-- BERNAMA