Aryna Sabalenka merupakan antara pemain dalam kelompok belasan terbaik dunia sejak 2018, namun keputusan dalam saingan grand slam selalu kelihatan kurang memuaskan.

Dalam 12 kejohanan utama menjelang 2021, Sabalenka mara ke pusingan ketiga hanya sekali, selepas tersingkir dalam pusingan keempat Terbuka AS 2018.

Kini di melangkah ke separuh akhir grand slam kedua selepas mengatasi Barbora Krejcikova 6-1, 6-4 dan menjelaskan beberapa perubahan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil.

"Saya berasakan saya telah memperbaiki beberapa pukulan saya," kata Sabalenka kepada ESPN. "Saya juga ingin mengatakan servis saya juga telah diperbaiki namun ia kurang berhasil dalam perlawanan ini.

"Saya tidak tahu, mungkin gelanggang lebih kecil sedikit, saya tidak tahu, saya perlu memeriksanya. Tapi, ya, saya makin bertambah baik."


Sabalenka turut menjelaskan dia menikmati sokongan daripada Stadium Arthur Ashe yang penuh bagi sesi malam.

"Saya sangat suka berada di New York dan Terbuka AS, salah satu kejohanan kegemaran saya, dan saya menikmati permainan saya di sini dan setiap detik di gelanggang ini," katanya.

Dia juga tahu bahawa dia mungkin tidak akan mendapat sokongan peminat yang sama dalam separuh akhir, di mana dia akan bakal berdepan pemain sensasi dari Kanada, Leylah Fernandez.

"Dia bermain dengan baik, dia bergerak dengan baik dan orang ramai di sini menyokongnya," kata Sabalenka. "Ini akan menjadi perlawanan yang menarik."