Juara bertahan, Iga Swiatek, mengatasi cabaran getir daripada Marta Kostyuk untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi.

Swiatek merupakan satu-satunya pemain dalam kelompok ranking 10 terbaik perseorangan wanita meneruskan cabarannya dalam suku akhir di Roland Garros selepas menewaskan pemain berusia 18 tahun, Kostyuk, 6-3, 6-4.

Bermain buat kali pertama pada sebelah malam di Gelanggang Philippe Chatrier, Swiatek bangkit daripada ketinggalan dalam set pertama untuk menempah pertemuan dengan Maria Sakkari -- yang menewaskan naib juara edisi lalu, Sofia Kenin, dalam suku akhir.

Pemain pilihan kelapan, Swiatek, kini telah memenangi 22 perlawanan berturut-turut dalam kejohanan grand slam di Paris itu dan kini merupakan pemain paling diberikan tumpuan untuk mempertahankan gelarannya dalam kejohanan itu.