Andy Murray dan Eugenie Bouchard diberikan tiket peluang khas dalam acara perseorangan Kejohanan Tenis Terbuka Perancis bermula minggu depan.

Bekas pemain nombor satu dunia, Murray, kembali menyertai kejohanan grand slam dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini dan menewaskan Yoshihito Nishioka sebelum tewas straight set kepada Felix Auger-Aliassime.

Murray, 33, merupakan finalis di Roland Garros pada 2016 dan mara ke separuh akhir kejohanan itu selama empat tahun berturut-turut dari 2014-2017.

Dia kini berada di rangking ke-110 dunia selepas menjalani pembedahan tulang pinggul tahun lalu.
Bouchard melakukan penampilan semula dalam Terbuka Istanbul minggu lalu, di mana finalis Kejohanan Wimbledon 2014 itu tewas kepada Patricia Maria Tig walaupun mengungguli set pertama.

Tsvetana Pironkova turut memperoleh peluang sama dalam kategori wanita selepas mara ke suku akhir Terbuka AS.

Murray, Bouchard dan Pironkova merupakan pemain bukan Perancis yang dipilih untuk memenuhkan 16 slot peluang khas yang diperuntukkan bagi dua acara perseorangan berkenaan.