Terbuka Perancis: Krejkova atasi Sakkari untuk ke final

Muzaffar Musa
Jun 11, 2021 01:09 MYT
Barbora Krejcikova mara ke final pertamanya dalam kejohanan grand slam selepas menewaskan Maria Sakkari dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi.
Sakkari -- yang menewaskan juara bertahan, Iga Swiatek, dalam suku akhir -- tidak dapat menemui sebarang mata akhir dan terlepas peluang untuk menjadi pemain wanita Greece pertama layak ke final kejohanan tenis utama.
Pemain nombor 33 dunia, Krejcikova, yang memenangi gelaran di Strasbourg sebelum mempamerkan aksi luar biasanya di Roland Garros, menangani aksi tidak tekalnya untuk meneruskan kemaraan dengan kemenangan 7-5, 4-6, 9-7.
Pemain berusia 25 tahun itu akan berdepan seorang lagi muka baru dalam final kejohanan grand slam, Anastasia Pavlyuchenkova, yang menewaskan Tamara Zidensek dalam satu lagi aksi separuh akhir.
"Saya sentiasa mahu bermain dalam perlawanan seperti ini," kata Krejcikova selepas kemenangannya.
"Ia perlawanan yang mencabar, kedua-dua pemain miliki peluang, kedua-duanya beraksi baik tetapi hanya ada seorang pemenang.
"Jika saya tewas hari ini, saya tetap akan berbangga. Semangat melawan adalah perkara paling penting," katanya.

Two Warriors ?@BKrejcikova | @mariasakkari | #RolandGarros pic.twitter.com/XMWauCZ9bu

— Roland-Garros (@rolandgarros) June 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#WTA #Tenis #Grand Slam #Maria Sakkari #Tenis Terbuka Perancis #Barbora Krejcikova