Terbuka Perancis: Krejcikova raih gelaran pertama

Muzaffar Musa
Jun 13, 2021 02:36 MYT
Barbora Krejcikova mempamerkan aksi terbaiknya untuk mengatasi Anastasia Pavlyuchenkova dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis untuk memenangi gelaran pertamanya dalam acara perseorangan.
Pemain bukan pilihan itu mendominasi set pertama sebelum mengatasi kebangkitan Pavlyuchenkova untuk menang 6-1, 2-6, 6-4 di Roland Garros.
Dengan hanya penyertaan kelimanya dalam kejohanan utama berbanding lawannya dari Russia, Pavlyuchenkova, dengan 52 penampilam, Krejcikova memanfaatkan peluang itu untuk menambah gelaran pertama acara perseorangan ke dalam koleksi lima gelaran acara beregu miliknya.
Krejcikova memperoleh dua mata break dalam set terakhir penentuan final pertama di antara dua muka baru itu di Gelanggang Philippe-Chatrier untuk menjadi pemain Republik Czech pertama memenangi gelaran di Paris sejak Hana Mandlikova melakukannya pada 1981.

First Slam Feels ?@BKrejcikova captures her maiden major singles title, defeating Pavlyuchenkova 6-1, 2-6, 6-4.#RolandGarros pic.twitter.com/Moql4x4XFD

— Roland-Garros (@rolandgarros) June 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Anastasia Pavlyuchenkova #WTA #Tenis #Grand Slam #Tenis Terbuka Perancis #Barbora #Krejcikova