Novak Djokovic menikmati persembahan cemerlang di gelanggang tanah liat Roland Garros di samping menegaskan dia menyasarkan gelaran Terbuka Perancis.

Pemain nombor satu dunia itu menampilkan permainan terbaik dalam kejohanan kali ini selepas menewaskan Jan-Lennard Struff, 6-3, 6-2, 6-2 semalam untuk melangkah ke suku akhir.

Walaupun pemain kelahiran Serbia itu berpuas hati dengan persembahannya, dia menjelaskan selepas perlawanan bahawa menjuarai Terbuka Perancis buat kail kedua merupakan objektif utamanya.

"Setakat ini, saya berpuas hati dengan permainan saya," katanya.

"Saya melangkah ke suku akhir dan menghampiri persembahan terbaik di gelanggang tanah liat.

"Objektif utama saya dalam kejohanan ini adalah muncul juara. Itu sebab saya menyertai kejohanan ini. Perjalanan masih lagi jauh."

Djokovic akan berdepan Alexander Zverev, yang menyingkirkan Fabian Fognini dalam pusingan 16.

"Zverez akan menghadirkan tentangan sengit tetapi saya akan menggunakan pengalaman dengan sebaik mungkin.

"Saya banyak berdepan lawan yang sukar sepanjang karier dan pengalaman akan menjadi kunci utama saya."