Novak Djokovic mudah mara ke pusingan 16 Terbuka Perancis menerusi kemenangan straight-set ke atas Ricardas Berankis.

Pilihan utama itu ternyata bukan tandingan wakil kelahiran Lithuania di Gelanggang Philippe-Chatrier, apabila mudah merakamkan kemenangan 6-1, 6-4, 6-1 semalam.

Pemain muda Itali, Lorenzo Musetti, bakal menjadi penghalang Djokovic untuk menempah slot ke suku akhir di Roland Garros selepas aksi yang penuh cemerlang dipamerkan pemain nombor satu dunia itu.