Pemain pilihan ketiga itu hanya memerlukan 88 minit untuk menewaskan lawan di ranking ke-36 dunia, Sorribes Tormo, sekali gus merekodkan 15 kemenangan daripada 18 perlawanan terakhir.
Pemain peluang khas Republik Czech, Tereza Martincova, turut meneruskan kemaraan di laman sendiri selepas mengatasi finalis Terbuka Perancis, Anastasia Pavlyuchenkova, 7-6, 7-6.
Martincova akan menghadapi perlawanan suku akhir kelimanya musim ini dengan pemain pilihan keempat, Maria Sakkari, akan menjadi lawannya selepas menewaskan Jelena Ostapenko 6-4, 6-2 dalam satu lagi perlawanan.
Turut menuruskan saingan adalah Elena Rybakina, yang mengatasi saingan sengit Magda Linette sebelum menang 6-3, 2-6, 6-1, manakala Jil Teichmann -- yang mencipta kejutan dengan menyingkirkan bekas pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber, dalam pusingan terdahulu -- turut layak selepas menewaskan Alison Riske dalam aksi tiga set.
Third Top-20 victory of her career ?
— wta (@WTA) September 23, 2021
?? Tereza Martincova reaches her fifth quarterfinal of the season, defeating Pavlyuchenkova in two tiebreaks!#OstravaOpen pic.twitter.com/uqhOZLhy0b