Kei Nishikori mara ke separuh akhir Terbuka AS selepas mengatasi Marin Cilic di Flushing Meadows, sebentar tadi.

Empat tahun lalu, Cilic meraih kemenangan straight set ke atas pemain Jepun itu tetapi Nishikori memastikan dendamnya terbalas selepas merekodkan kemenangan 2-6, 6-4, 7-6 (7-5), 4-6, 6-4 selepas empat jam dan lapan minit.

Dengan kemenangan itu, dua wakil Jepun mara ke separuh akhir saingan grand slam buat kali pertama selepas Naomi Osaka mengatasi Lesia Tsurenko dalam suku akhir.

Selepas terlepas saingan Terbuka AS tahun lalu ekoran kecederaan, Nishikori kini akan berdepan Novak Djokovic atau John Millman esok.

Cilic mendominasi set pertama, mempamerkan beberapa pukulan cemerlang dan mendahului set kedua 4-2.

Nishikori meraih momentum dan kembali memenangi empat set berturut-turut sebelum menyamakan kedudukan.

Kedua-duanya mempamerkan kesungguhan bagi mencipta kemenangan selama empat jam di gelanggang tetapi Nishikori menemui jalan bagi mengatasi Cilic, sekali gus mara ke separuh akhir.