Andy Murray mara ke pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Moselle selepas menewaskan pemain pilihan keenam, Ugo Humbert, 4-6, 6-3, 6-2 awal pagi tadi.

Murray memilih untuk beraksi sebagai pemain dengan tiket peluang khas dalam kejohanan berkenaan demi meningkatkan ranking dunianya dan mengelak daripada berdepan lawan sukar dalam pusingan awal -- seperti berdepan Stefanos Tsitsipas dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Dia berhasil bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum menewaskan pemain pilihan keeman, Humbert, dalam perlawanan pembukaan itu.

Humbert, yang kini berada di ranking ke-26 dunia, turun dalam perlawanan itu dengan perbezaan 87 kedudukan ranking berbanding juara dua kali Kejohanan Wimbledon, Murray, tetapi pemain Scotland itu gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri sebelum disingkirkan selepas dua jam pertarungan.