Pemain pilihan kedua kejohanan, Stefanos Tsitsipas, mensia-siakan kelebihan selesa untuk disingkirkan oleh pemain nombor 37 dunia, Hubert Hurkacz, dalam aksi tiga set Kejohanan Tenis Terbuka Miami malam tadi.

Pemain Poland yang juga pilihan ke-26 kejohanan itu ketinggalan satu set dan 0-2 dalam set pertama sebelum bangkit menewaskan Tsitsipas 2-6, 6-3, 6-4 untuk mengesahkan kemaraannya.

Kemenangan itu memastikan penampilan pertama Hurkacz dalam separuh akhir acara Masters 1000 dan akan bertemu pilihan keempat dari Russia, Andrey Rublev.

Rublev sebelum itu menewaskan pemain muda Amerika Syarikat, Sebastian Korda, 7-5, 7-6 untuk ke separuh akhir.